Saturday, June 28, 2014

Ketuk-Ketuk Aidifitri

duedate : 24.6 sehingga 14.7 2014

Dengan hanya empat langkah mudah, anda mungkin berpeluang untuk memenangi
hadiah yang berupa kuih raya dari Dnialicious Cake House ! Berlangsung hanya sehingga
7 Julai ini. 2 orang pemenang bertuah dari setiap negeri akan dipilih secara random.
Jika penyertaan mengalakkan, seorang pemenang bertuah akan memenangi grand prize.
Apa tunggu lagi ? Jom memeriahkan raya anda tahun ni dengan kuih raya dari
Dnialicious Cake House ! ^^
Ketuk-Ketuk Aidilfitri(KKA) merupakan satu program pertama di Malaysia yang diasaskan 
oleh Puan Siti Aisyah Bt Zulkifli Ramond yang merupakan seorang pengarah 
pemasaran dalam syarikat Farich Holdings Sdn. Bhd. Program ini merupakan hak 
milik dan diuruskan oleh Farich Holding Sdn. Bhd secara sepenuhnya. Program ini 
direka untuk memberi peluang niaga kepada setiap individu yang berminat 
menjadi usahawan terutama usahawan muslim.

KKA mengumpulkan pengeluar-pengeluar 'premium cookies' iaitu pengeluar biskut 
dan kek lapis terbaik dari seluruh Malaysia yang menggunakan bahan-bahan berkualiti 
dalam menghasilkan biskut mereka. Biskut-biskut dari seluruh malaysia ini 
dikumpul di HQ(Farich Holdings Sdn Bhd) untuk dijenamakan dibawah 
program KKA sebelum diedarkan kepada stokis-stokis di setiap 
negeri sebelum dijual kepada pelanggan. 

Produk KKA ini adalah 100% keluaran muslim dan mempunyai 20 produk iaitu 
18 jenis biskut dan 2 jenis kek lapis kukus yang berkualiti dan beraneka rasa. 
Setiap jenis dihasilkan dengan bahan-bahan yang berkualiti yang berjenama 
seperti 'Butter Anchor'. Setiap kotak biskut mempunyai 36 keping hingga 60 keping 
biskut bergantung kepada jenis. 

Senarai jenis dan harga  biskut dan kek lapis boleh dilihat pada katalog dibawah;




Anda boleh dapatkan biskut raya "Premium Cookies Ketuk-Ketuk Aidilfitri' 
daripada stokis dan agen berhampiran anda.


**tempahan produk-produk KKA akan ditutup selepas minggu pertama puasa 2014**

**update terbaru senarai agen sila ke D'nialiciousBlog**



No comments :