Sunday, May 18, 2014

Segmen Blogging + Menang Hadiah!


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan 
untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-
kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan 
hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam



Saturday, May 17, 2014

Abang Ensem Di Mata Aku

<< Klik gambar di atas jika berminat nak join >>

Bakal tamat pada : 17 Mei 2014

Apa tanggapan saya mengenai diri AE ? Sejujurnya, saya baru mengaktifkan 
diri dalam dunia blogging since awal tahun 2014. Even dah start blogging
since 2011, tapi disebabkan nak fokus kepada SPM , so saya decide nak 
kurangkan aktiviti berkenaan dunia blogging ni. Tahun ni lah baru 
kenal ramai blogger-blogger otai termasuk AE. 

Pendapat saya mengenai blog AE ? Alhamdulillah. Dengan berblogging ini lah
saya dapat mengenali blogger-blogger otai  berpengalaman luas dan arif bijaksana 
dalam bidang yang mereka terokai dan ceburi. Saya rasa blog AE tak asing
lagi dikalangan blogger dan juga dikalangan mereka yang amat meminati dan
menginginkan tips-tips yang bernas dan hal yang berkaitan dengan bidang hartanah. 
Bukan sahaja dapat menimba ilmu baru, namun memberikan juga pendedahan baru
untuk saya mengenali lebih lanjut lagi mengenai bidang hartanah. Malah, 
blog AE juga telah menerima pelbagai anugerah yang memang sukar untuk
dicapai bagi blogger baru seperti saya ^^ . 

                                          Favourite Business Blog 2013                                            Malaysia Best Business Blog 2014

Digelar Blogger Hartanah #1 Malaysia merupakan satu penghormatan yang
teramat patut dibanggakan oleh AE sendiri dan juga dapat memberi suntikan semangat
bagi diri saya dan juga kepada para anak muda melayu, bahawasanya, apa
sahaja yang kita mahukan dapat dicapai sekiranya kita berusaha dan juga tidak 
pernah kenal erti penat lelah. Izinkan saya mengambil contoh, 
Donald Trump, seorang billionaire yang amat arif dalam bidang hartanah. Pernah
bankrup sebanyak empat kali sepanjang kariernya, namun beliau bangkit
kembali sehinggalah di mana beliau berdiri sekarang. Sangat terkenal dan amat-amat
disegani oleh golongan hartanah di serata dunia. Betapa cekalnya beliau dan
betapa kuatnya beliau untuk bangkit kembali walaupun sudah beberapa kali jatuh
bangkrup. Boleh saja kalau saya andaikan AE sebagai Donald Trumph Malaysia kan ?

AE didik dengan penuh disiplin oleh kedua-dua ibu bapa . Ini mesti menjadi
salah satu daripada sebab dan mengapa AE dapat mencapai impian AE sekarang ni.
InsyaAllah, jika diizinkan Allah dan dipanjangkan umur, saya bakal menjejaki
AE. Namun, bukan dalam bidang hartanah kerana saya kurang meminati bidang
tersebut. InsyaAllah dalam bidang yang saya bakal ceburi iaitu dalam bidang
Multimedia , Art And Design dan Graphic Design. Walaupun perbezaan yang
teramat ketara mengenai bidang saya dan bidang AE, namun saya tetap akan 
menjadikan blog AE dan juga kejayaan yang AE capai kini menjadi
semangat buat saya untuk terus memperjuangkan apa yang saya inginkan
sejak kecil lagi dan juga harapan ibu dan juga bapa saya .

Terima kasih AE sebab memberikan saya satu semangat dan inspirasi mengenai
dunia hartanah dan juga mengenai kebolehan anak melayu mencapai satu
kejayaan yang amat-amat patut dibanggakan . Terima kasih juga kerana berkongsi
kepada kami para pembaca mengenai satu ilmu yang amat jarang untuk
diketahui dan didedahkan. Dan juga, terima kasih kerana menganjurkan satu
contest yang menarik dan insyaAllah jika dimurahkan rezeki saya, 
dapatlah menang duit tu kan? ^^ InsyaAllah, dapat saya gunakan untuk belajar
nanti. Maklumlah, nanti belajar dekat area bandar KL. Mau tak banyak
perbelanjaan nak guna . Itu sahaja dari saya dan, maaf sebab tidak
mendapatkan keizinan AE berkenan poster di atas. Buat suka-suka je tu ^^

My First Gift to You !!!

<< klik banner jika berminat nak join >>

Contest ini bakal tamat pada 17 June 2014. Kemain comel lagi panda kat dalam
banner ni kan ? ^^ Ayuh reramai join contest ni ! 

Saya tag : The One, And Only

Nak tahu senarai hadiah ??? Disponsor sepenuhnya oleh penganjur kalau
tak silap. Kalau berminat nak jadi sponsor pun apa salahnya XD
Akan terbatal jika penyertaan kurang daripada 20 orang penyertaan ! 




Friday, May 16, 2014

Mini GA Cash RM50 by Emas Putih #part3

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash Rm50 by Emas Putih #part3 ini dianjurkan oleh Emas Putih 

Hari Guru 2014 Giveaway RM100

<< Klik banner jika berminat nak join >>

GA ini bakal berakhir pada 21 Mei 2014. 2 pemenang bertuah akan
mendapat wang tunai cash ^^ Pemilihan melalui random.org.

Ucapan Hari Guru Anisyamir's

Dari PASTI, Tadika An-Najmi, Sekolah Rendah Kuala Dungun, Sekolah Rendah
Balai Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan
Sura, Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah Dan last one, 
Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu ... ,



Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada cikgu yang
telah banyak mengajar saya since dari tak pandai menulis, mengira, melukis
sampailah menjadi manusia yang insyaAllah akan berbakti kepada
negara dan keluarga. Cikgu, jasamu akan kukenang sampai akhir hayat.