<< Klik gambar di atas jika berminat nak join >>
Bakal tamat pada : 17 Mei 2014
Apa tanggapan saya mengenai diri AE ? Sejujurnya, saya baru mengaktifkan
diri dalam dunia blogging since awal tahun 2014. Even dah start blogging
since 2011, tapi disebabkan nak fokus kepada SPM , so saya decide nak
kurangkan aktiviti berkenaan dunia blogging ni. Tahun ni lah baru
kenal ramai blogger-blogger otai termasuk AE.
Pendapat saya mengenai blog AE ? Alhamdulillah. Dengan berblogging ini lah
saya dapat mengenali blogger-blogger otai berpengalaman luas dan arif bijaksana
dalam bidang yang mereka terokai dan ceburi. Saya rasa blog AE tak asing
lagi dikalangan blogger dan juga dikalangan mereka yang amat meminati dan
menginginkan tips-tips yang bernas dan hal yang berkaitan dengan bidang hartanah.
Bukan sahaja dapat menimba ilmu baru, namun memberikan juga pendedahan baru
untuk saya mengenali lebih lanjut lagi mengenai bidang hartanah. Malah,
blog AE juga telah menerima pelbagai anugerah yang memang sukar untuk
dicapai bagi blogger baru seperti saya ^^ .
Favourite Business Blog 2013 Malaysia Best Business Blog 2014
Digelar Blogger Hartanah #1 Malaysia merupakan satu penghormatan yang
teramat patut dibanggakan oleh AE sendiri dan juga dapat memberi suntikan semangat
bagi diri saya dan juga kepada para anak muda melayu, bahawasanya, apa
sahaja yang kita mahukan dapat dicapai sekiranya kita berusaha dan juga tidak
pernah kenal erti penat lelah. Izinkan saya mengambil contoh,
Donald Trump, seorang billionaire yang amat arif dalam bidang hartanah. Pernah
bankrup sebanyak empat kali sepanjang kariernya, namun beliau bangkit
kembali sehinggalah di mana beliau berdiri sekarang. Sangat terkenal dan amat-amat
disegani oleh golongan hartanah di serata dunia. Betapa cekalnya beliau dan
betapa kuatnya beliau untuk bangkit kembali walaupun sudah beberapa kali jatuh
bangkrup. Boleh saja kalau saya andaikan AE sebagai Donald Trumph Malaysia kan ?
AE didik dengan penuh disiplin oleh kedua-dua ibu bapa . Ini mesti menjadi
salah satu daripada sebab dan mengapa AE dapat mencapai impian AE sekarang ni.
InsyaAllah, jika diizinkan Allah dan dipanjangkan umur, saya bakal menjejaki
AE. Namun, bukan dalam bidang hartanah kerana saya kurang meminati bidang
tersebut. InsyaAllah dalam bidang yang saya bakal ceburi iaitu dalam bidang
Multimedia , Art And Design dan Graphic Design. Walaupun perbezaan yang
teramat ketara mengenai bidang saya dan bidang AE, namun saya tetap akan
menjadikan blog AE dan juga kejayaan yang AE capai kini menjadi
semangat buat saya untuk terus memperjuangkan apa yang saya inginkan
sejak kecil lagi dan juga harapan ibu dan juga bapa saya .
Terima kasih AE sebab memberikan saya satu semangat dan inspirasi mengenai
dunia hartanah dan juga mengenai kebolehan anak melayu mencapai satu
kejayaan yang amat-amat patut dibanggakan . Terima kasih juga kerana berkongsi
kepada kami para pembaca mengenai satu ilmu yang amat jarang untuk
diketahui dan didedahkan. Dan juga, terima kasih kerana menganjurkan satu
contest yang menarik dan insyaAllah jika dimurahkan rezeki saya,
dapatlah menang duit tu kan? ^^ InsyaAllah, dapat saya gunakan untuk belajar
nanti. Maklumlah, nanti belajar dekat area bandar KL. Mau tak banyak
perbelanjaan nak guna . Itu sahaja dari saya dan, maaf sebab tidak
mendapatkan keizinan AE berkenan poster di atas. Buat suka-suka je tu ^^
No comments :
Post a Comment