1 Jun 2013 ~ 1 Jun 2014 :
Dengan ini Yana Pink Blossom melancarkan Giveaway [3] : 1st Anniversary
Yana & Dean. Giveaway ni dianjurkan sempena menyambut genap setahun usia
perkahwinan Yana & Dean.
Yana & Dean. Giveaway ni dianjurkan sempena menyambut genap setahun usia
perkahwinan Yana & Dean.
[ Klik Banner Untuk Join ]
5 buah Al-Quran + DVD (Tafsir + Tajwid) x 5 pemenang (Random.org)
Cash RM20 x 1 pemenang (Top Referral)
Cash RM20 x 1 pemenang (Ucapan Paling Kreatif & Menarik)
Cash RM20 x 1 pemenang (Ucapan Paling Kreatif & Menarik)
UCAPAN UNTUK YANA & DEAN :-
Mengapa manusia diciptakan oleh Allah berpasang-pasangan ?
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu MENGINGAT
AKAN KEBESARAN ALLAH".Adz-Zaariyat : 49
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari
diri yang satu (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa); dan daripada
keduanya Allah MEMPERKEMBANG BIAKKAN laki-laki dan perempuan yang
banyak" ---setelah itu Allah mengulangi perintahnya untuk bertakwa--- "Dan bertakwalah
kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta
satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu
menjaga dan mengawasi kamu.” An-Nisaa’: 001.
diharapkan dengan mengingat ingat kebesaran Allah yg terdapat pd penciptaanNya
ini kita mjd org yg bertakwa dan menghasilkan
keturunan yg bertakwa pula.
Pada hakikatnya mereka (perkara yang berpasang-pasangan) itu adalah segolongan
walaupun berbeza hikmah lagi faedahnya, namun apabila mereka dipasangkan antara yang
satu dengan yang lain nescaya sungguh..tiadalah mereka dapat dipisahkan dan
jangan pula engkau pisahkan, melainkan demikianlah
Fitrah lagi ketetapan ALLAH bagi makhluknya.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ...
Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Tuhan yang satu,
ku bermohon padaMu Ya Allah, kau sentiasalah limpahkan taufik rahmat barakah
lindungan dan kesihatan rezeki dan hidayah serta redhaMu kepada
pasangan ini yang telah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama.
Ya Allah, Tuhan yang telah menyatukan hati pasangan ini,
Engkau campakkanlah ke dalam hati mereka perasaan kasih sayang
antara satu sama lain sebagaimana Engkau satukan hati nabi Muhammad SAW
dengan Saidatina Khadijah R.A
Allah Yang Maha Besar ..
Engkau jadikanlah mereka pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Permudahkanlah urusan mereka sepanjang menempuh kehidupan di dunia ini sebagai
pasangan yang tabah dan taat kepadaMu hingga ke Jannah . Permudahkan juga
bagi mereka untuk mendapatkan zuriat dan waris yang akan terus
menyambung generasi mereka yang akan mendatang. Jadikan zuriat itu
anak yang soleh serta solehan yang taat kepada kedua-dua ibu bapanya dan
sering mendoakan kesejahteraan dan memberikan satu sinar kebahagian
dalam rumah tangga pasangan ini.
Akhir kata, Kak Yana dan suami, selamat menyambut ulangtahun pertama ^^
InsyaAllah segala urusan dipermudahkanNya serta bakal dikurniakan zuriat sulung
tak lama lagi. Tiada yang mustahil dengan kuasa Allah. Jika Dia mengkehendaki
sesuatu itu, maka jadilah. Terus berdoa agar hasrat dan keinginan kita itu
dapat ditunaikan dengan izinNya. Wasalam.
Buah rambai tumbuh dihutan
Dihujung ranting buahnya lebat
Mari beramai kita doakan
Semoga pasangan ini kelak mendapat zuriat
InsyaAllah.. Amin Amin Ya Rabbal Alamin Ya Allah.
1 comment :
Salam Ramadhan. Terima kasih di atas sokongan GA ni dan juga doa kalian kepada kami berdua. Jazakumullahu Khairan Kathira.
"[Updated] Senarai Peserta Giveaway [3] : 1st Anniversary Yana & Dean"
Post a Comment