Sunday, June 15, 2014

1st Giveaway by Airin

<< Klik banner di atas jika berminat nak join >>

Tamat : 19 Julai

GA ini akan terbatal jika penyertaan kurang daripada 45 orang peserta.
Hadiah yang ditawarkan pun sangat menarik untuk 1st GA ! ^^ Untuk melihat
senarai lengkap hadiah, boleh ke link di bawah :


Apa-apa GA/segmen/contest pun mesti ada syarat penyertaannya kan?
Sedangkan nak masuk tandas pun kena bayar RM 0.50 *takadakaitanlangsung =='
Berikut merupakan syarat-syarat penyertaan :

1. Warganegara Malaysia [tulen ye.. no half-half]
2. WAJIB ada blog dan facebook [dan tulis pun wajib..jangan kata sunat]
3. Follow blog INI [blog penganjur]
4. Buat satu entry yg bertajuk "1st Giveaway by Airin" dan review
tentang blog saya [blog penganjur . Berapa harakat panjang pendek entry tu
terserah kepada peserta. Nak komen/kutuk/puji, dipersilakan ^^
5. Like, follow, share pic, blog, instagram, twitter, dan facebook sponsor.
6. Berlaku jujur sangat digalakkan. 

#tiada twitter mahupun instagram, anda masih boleh join GA ni.
Syarat selanjutnya, just klik banner di atas. Sekian.



Review Khas : The Story Of Me


Assalamualaikum yoraebun ! Anyonghaseyo readers... Disebabkan salah
satu daripada syarat GA ini untuk buat entry penyertaan plus review blog pengajur
iaitu adik Khairina Aida, so lets begin ^^


Blog title : The Story Of Me
Owner : Khairina Aida
Extra[s] : 14 y/o, aktif dalam dunia blogging, love KPOP and Running Man ! 

Well, ini bukan 1st time saya menjejakkan kaki ke blog Aida*suka hati je panggil Aida
hehe Akak panggil Aida okeyh ? ^^ Secara rasminya dah menjadi followers yang
ke-20 pada 3 June 2014 jam 10:56 p.m. 

Alhamdulillah blog ni amat ringan semasa nak loading. Tak ambil masa yang lama
pun dan sangat melegakan hati. Blog Aida for me, kemas, teratur, tersusun.
Sangat-sangat tak serabut dan juga pemilihan warna blog sangat menarik.
Berlatar belakangkan corak floral yang cute plus comel menjadikan blog Aida
tampak ceria dan sangat sedap mata memandang.

<< motif letak gif ni ? saje jer.. Aida kan minat RM hehe ^^ >>

Okey, setelah dikaji, membuat research, secara rumusannya, Aida ni seorang
yang sangat caring . Kenapa ? Sebab Aida suka sharing tutos, tips, yang for me
amat berguna dan bawa manfaat bersama . Sharing is caring kan .. XD
Tak semua orang rajin nak buat entry panjang berjela, yang ajar dari A-Z ni.
Bukan sahaja tutorial mengenai blog, namun ada jugak tutos berkenaan cara nak
download video dari youtube : cara nak downloaf video dr youtube

Selain tutos berkenaan blog dan download ni, Aida pun kerap jugak beri
tuto berkenaan editing bagai nih.. Nak tengok entry berkenaan editing ataupun entry
apa sahaja, boleh ke ruangan 'label' .


Tutos, tips.. apa lagi yang korang cari ? Ahah ! Freebies.. ada.. jangan risau..
Aida ni pun rajin nak bagi freebies header.. free free je tau.. Tanpa bayaran.
Selain tu, Aida ni jugak ada menjoinkan diri untuk menyertai beberapa GA dan
pernah memenangi salah satu GA yang disertai tu ! Tahniah dear ^^


Secara keseluruhannya, blog Aida ni memang layak untuk dilabel sebagai
sebuah blog. Almaklumlah.. Dah setahun lebih usia blog Aida kan ? Is still okey,
dan still ada masa kalau Aida nak tambah bilangan followers. Aida nak tahu
tak salah satu cara yang termudah nak tambah followers dalam masa yang singkat ?
Aida just rajinkan diri untuk join segala GAs, contest, segmen yang dianjurkan.
Konfem-konfem bilangan followers Aida akan meningkat dalam masa yang singka.

Selain tu, Aida boleh rajinkan diri untuk berblogwalking, comment di blog
orang lain.. Jangan lupa tinggalkan jejak Aida bila dah 'melawat' blog orang lain
tu tau. InsyaAllah, hasilnya akan memuaskan.

Sebelum berakhirnya review yang tak seberapa hebatt dari Kak Anies, di sini
ada beberapa cadangan untuk mencantikkan dan menjadikan blog Aida
lebih bertambah menarik dari kebiasaannya.

1. Tukar header blog yang baru.
2. Tukar 'style' blog archieve kepada : hierarchy

Sedikit penerangan. Header blog Aida nampaknya kurang sesuai dengan
theme blog dan juga tampak sangat simple. Kebiasaannya, para pembaca akan
lebih tertarik dengan header sesuatu blog itu sebelum membuat keputusan
sama ada mahu meneruskan sahaja ataupun terus meninggalkan blog itu.
Namun tak semua yang berbuat sedemikian ^^ 

InsyaAllah, nanti kalau kak Anies ada masa dan kelapangan waktu, kak Anies akan 
hadiahkan satu header untuk Aida. Terpulang untuk Aida nak buat apa dengan
header tu pulak. hihi Seterusnya, better Aida tukar style blog Archieve Aida
kepada hierarchy supaya readers lebih senang nak membaca entry yang lepas.

Sekarang Aida menggunakan style 'drop-down menu'. Untuk mengubah ,
Dashboard > Layout > Blog Archieve dan tukar style nya.


Baiklah, itu sahaja review merapu dari saya. ^^ Maaf jika berlaku 
penggunaan bahasa yang kasar ataupun sewaktu dengannya. Buat Aida,
goodluck untuk 1st GA ni dan kak Anies doakan GA ni akan berjaya dan
semoga Aida terus sukses dalam dunia blogging ni mahupun di
dunia yang realiti. Akhir kata, harap diampunkan jika berlaku kekasaran,
terasa hati dengan review dari diri ini.. ku hanya insan biasa yang
tidak lari dari melakukan kesilapan *berdrama pulak !hehe






1 comment :

Khairina Khairudin said...

Hi,awak GA saya akan tamat pada 19 julai.Nanti tolong inbox saya di FB ye.Maaf atas kesulitan yang berlaku.
terima kasih kerana sudi join GA ni.
Annyoeng!